Gambar1

Laman Utama | Koleksi Lain | Pembelian Dari Luar Malaysia | Beli Di Sini 

 

Dapatkan Batu Cincin dan Permata Di batucincin.com



Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 Hijri dan Tahun baru 2012 masihi



Sila Baca disini dulu - Assalamualaikum wth kepada semua tuan puan yg pernah berurusan pindah milik sebarang jenis batu cincin, teras dan kayu,keris dan apa jua barangan lain dari saya. Juga kepada tuan puan yg mendapat sedikit sebanyak maklumat atau juga ilmu secara langsung atau tidak dari saya atau dari laman web batu cincin.com ini. Terlebih dulu saya ingin mengucapkan selamat terima semua barang yg telah di pindah milik. Saya pohon ribuan kemaafan kepada tuan puan semua andai ada terkasar kata, tersalah ucap, terlebih dan terkurang, tertunda dan terlewat, terlupa dan tersilap atau apa jua hal yg ada mengguris hati tuan puan semasa berurusan dengan saya. kita semua adalah bersifat lemah dan serba kekurangan dimana kekuatan mutlak dan kesempurnaan hanyalah milik Allah SWT Rabbul A'lamin.

rumah anak yatim

MAKLUMAN - Tarikh Penting Kalendar Islam 1433 hijri / 2012.

- 12 Rabiulawal  = 5 febuari 2012 - Maulidul Rasul
- 27 Rejab  = 17 jun 2012 - Israk mikraj
- 1 Ramadhan = 21 julai 2012 - Awal Ramadhan
- 17 Ramadhan = 6 ogos 2012 - Nuzul Quran
- 1 Syawal = 19 ogos 2012 - Hari Raya Puasa / Idul Fitri
- 10 Zulhijjah 1433 = 26 oktober 2012 - iHari Raya Korban / Idul Adha
- 1 Muharam 1434 = 15 november 2012 - Awal Muharam

 BISMILLAH. Tiap sesuatu yang diciptakan Allah meliputi segala yang ada dilangit dan dibumi, dari sesuatu yang bersaiz hanya sebesar zarah hingga kepada yang menggunung tinggi, dari setiap sesuatu yang menghuni di perut bumi juga yang wujud didalam lautan luas, dari apa-apa yang terzahir juga yang tersembunyi, dan dari apa-apa saja yang ada didalam ilmu pegentahuan manusia serta diluar pegentahuan manusia, semuanya tidak sia-sia penciptaannya disisi Allah. Termasuklah juga kelebihan yang ada pada penciptaan batu-batu dan permata.

 

 

 

Dengan rendah diri tujuan saya hanya ingin menyampaikan dan memberi maklumat serta berurusan jual beli dengan Tuan/puan atau sesiapa sahaja yg berminat dengannya. Janganlah meletakkan kepercayaan kepada batu/ kayu/ ataupun apa jua yg baharu tetapi Yakinlah (hanya kepada Allah) yang memiliki seluruh alam ini, Yg memiliki kerajaan yg agung, Yg Maha megentahui, Yg hanya kepadaNya lah kita dikembalikan.

" jadilah kamu orang yang tetap diatas jalan Allah dan berilah pertolongan sekadar kekuatanmu. Batu-batu ini saya akan pindah milik kepada sesiapa sahaja yg memerlukannya dengan akad jual beli yg dipersetujui. Kemudian pada sebahagian daripada wang pindah milik itu akan saya sedekahkan kepada hal - hal kebajikan, kepada anak-anak yatim, orang-orang fakir, kepada masjid-masjid dan untuk tujuan orang yang berjuang pada jalan Allah. ketahuilah olehmu bahawa Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Allah yg Maha Tinggi dan Maha Besar"

 

 

"Maklumat Penting"  batu-batu cincin yang saya bekalkan ini sekali-kali tidak melibatkan pengisian atau isi atau wakaf atau unsur khadam ataupun jin. amat cukup dan sempurnalah bagi kami ayat-ayat Allah, yang Dialah Tuhan Yang Maha Mencukupkan keperluan hambaNya. harap dimaklumi.

 


BATU HAKIKAT ( RM150 )  

Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai batu badar lumut. ini kerana ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. Batu ini mempunyai nilai yg berbeza mengikut bentuk dan gambaran unik tumbuhan lumut yg ada didalamnya. pernah direkodkan harga jualan pindah milik mencecah ribuan ringgit kerana keunikan gambaran yg terukir didalamnya.

Nilai pindah milik untuk Batu Hakikat ialah RM150 (termasuk kos penghantaran). Disertakan bersama-sama satu nota ilmu dan amalan yang terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran kepada si pemiliknya.

 

gambar5

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN

( Batu Panca Nur, Batu Lafadh, Batu Delima Merah (Ruby), Batu Jarum Mas, Batu Combong, Batu Kecubung, Batu Badar Besi, Batu Ta'at Wali, Batu Cat Eye, Batu Tiger Eye, Batu Nilam (safir), Batu Zamrud (Emrald), Batu Pirus (turquoise), Batu Garnet, Batu Cempaka, Batu Baiduri ) 

 

Batu - Batu pilihan ini adalah diantara batu-batu yang popular dan biasanya boleh di dapati di dunia perbatuan dengan harga yg sedikit tinggi. Oleh kerana minat dan kecenderungan saya yang amat kepada jenis batu-batu ini menyebabkan saya merantau keseluruh pelusuk negeri untuk mendapatkannya dan ada sesetengahnya saya membuat pesanan terus kepada pembekal dari negara Burma dan Indonesia. Untuk makluman peminat batu cincin semua, ada beberapa jenis daripada batu-batu ini yang bilangannya adalah terhad dan saya terpaksa beri pemilikanya berdasarkan kepada siapa cepat / orang yang menghubungi saya terlebih dahulu. Harap maklum.

 

 


BATU-BATU PILIHAN
 
BATU PANCA NUR ( RM170 )


Batu Panca Nur atau pancha warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Nilai pindah milik untuk Batu Panca Nur ialah RM170  (termasuk kos penghantaran ). Juga disertakan satu nota ilmu yakni Ayat ayat Al Quran kepada pemiliknya.

Batu Panca Nur inilah beberapa contoh nya

 

gambar9gambar8

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN
 
BATU LAFADH (RM 290)


BATU LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semulajadi padanya kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, tuan/ puan perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis. Nilai fidyah untuk BATU LAFADH ialah RM290 ( termasuk kos penghantaran ). Juga disertakan satu nota ilmu yakni Ayat Al Quran kepada pemiliknya.

(untuk makluman, bekalan batu lafadh amatlah terhad, tiada jaminan ada bekalan. bergantung kepada rezki masing masing.)


gambarL

 

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU SERAI (RM 100)

BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.

Kelebihan dan keistimewaan batu serai yg menjalari masyarakat ialah untuk pemanis dan pelaris. Nilai pindah milik RM100 ini ialah termasuk urusan penghantaran.

 

 

gambar19gambar12

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN
 BATU ZAMRUD (EMRALD)

Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.  Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran.

 Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi. Batu zamrud dalam simpanan saya ini nilai pindah miliknya ialah Rm500 (siap diikat cincin perak gred) dan Rm370 (batu sahaja).

                       makluman - harga batu zamrud colombia adalah mengikut timbangan
                      carat.       

gambar17gambarZ

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN
 BATU BADAR BESI

Batu badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.

 Batu badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai didaerah brazil, mexico, Australia dan amerika yang mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.

 

Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat. Batu badar besi ini akan dipindah milik dengan Rm270.

 

GAMBAR18

 

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN
 KECUBUNG

Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst atau kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. 

Kecubung dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India. 

 Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan. Batu Kecubung/ Amethyst merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Februari. Dimata umum masyarakat melayu nusantara, kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa mewujudkan aura menawan kepada pemakainya. Nilai pindah milik untuk batu kecubung termasuk penghantaran ialah Rm190.

gambar13

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN
 DELIMA MERAH (RUBY)

Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai "king of germstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua). 

Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India.

Ruby atau delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir pada bulan Julai. Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan. Nilai pindah milik untuk Batu Delima Merah ialah Rm190 manakala nilai Ruby atau batu delima terbaik adalah dari negara burma dimana harganya mengikut timbangan carat.

 

gambar14

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN
 CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING)

 Batu mata kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini  banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs.

Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualti yang sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil, dan Timur Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal.

Cat's eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup" apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan   keyakinan dan menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir). harga untuk batu cats eye dipasaran semasa telah naik, jadi nilai pindah miliknya ialah Rm290.

                                       


gambar16

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian


BATU-BATU PILIHAN
 BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)

BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren.

Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.

Batu Tiger's eye dalam simpanan saya diimport dari pembekal luar negara. ada 2 jenis. Pertamanya ialah batu tiger eye kalimah yang nilai pindah milik (Rm380) dan kedua ialah batu tiger eye tanpa kalimah (Rm230).  

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN
 BATU JARUM MAS

Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.

Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya. Nilai pindah milik bagi Batu Jarum Mas ialah RM170.

 

gambar20

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN
 BATU TA'AT WALI

  Nilai pindah milik  untuk Batu Taat Wali ialah Rm280.

 

 

Harap Maaf Gambar  dan maklumat ulasan tidak tersedia

 

    

Klik Di Sini Untuk Pembelian

 


BATU-BATU PILIHAN
 BATU NILAM (SHAPHIRE)

Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand, Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika.

Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam berwarna biru.

 

Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan  dan  tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan september. Nilai pindah milik untuk Batu Nilam (Blue shaphire) ini Rm550 (siap diikat cincin perak gred), Rm390 (batu sahaja tanpa diikat cincin).

 

 

gambar23

 

 

 

Klik Di Sini Untuk Pembelian


BATU-BATU PILIHAN
 
BATU PIRUS (TURQUOISE)

Batu Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi)  pula tinggi.

Batu pirus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik.

Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani. nilai pindah milik untuk batu pirus ialah Rm390 (batu sahaja) termasuk kos penghantaran.

Klik Di Sini Untuk Pembelian


 

 

FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang bisa membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.

Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.

Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya  masing-masing.  Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin.

 

 

 

Hakcipta Terpelihara 2008 www.BatuCincin.com

Laman Web ini dimiliki oleh BATU CINCIN ENTERPRISE 001790033-W